Saya ingin bersama-sama rakan Islam untuk belajar tentang apa itu Kerajaan. Saya mengambil istilah Mulk dari Surah Al Mulk yang bererti kerajaan atau kekuasaan.
Baru-baru ini seorang Ustaz telah membicarakan tentang Kerajaan atau Pemerintahan Islam tetapi dia menggunakan sebuah Kitab untuk membincangkannya.
Saya ingin mencuba cara lain iaitu menggunakan Al Quran terus sebagai rujukan. Ini bertetapan dengan ayat 113 Surah Thaa Haa yang maksudnya
"Dan demikianlah Kami menurunkan Al Qur'an dalam Bahasa ARAB, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka berTAKWA agar Al Qur'an itu menimbulkan pengajaran bagi mereka".
Dan kita perlu juga akur kepada ancaman Allah seperti yang terdapat dalam ayat 208 Surah Al Baqarah yang maksudnya
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu MUSUH yang nyata bagimu".
No comments:
Post a Comment