Sunday, January 1, 2012
Tahun Masehi
Pemimpin kita ialah Nabi Muhammad SAW tetapi mengapa kita tidak menjadi Baginda sebagai panduan. Jawapannya memang banyak tetapi salah satu daripadanya ialah di era internet ini kita tidak mempunyai ketua atau khalifah yang boleh menyatukan UMMAH. Lihat sajalah senario yang berlaku dua hari lepas. Banyak negara yang mempunyai penduduk Islam masih lagi menyambut Tahun Baru Masehi. Pemimpin-pemimpin yang beragama Islam turut mengetuai acara-acara sambutan tersebut termasuk di Malaysia. Adakah pemimpin kita itu banggang? Ini selalu diajukan oleh seorang penceramah yang bernama Zulkifli Nordin. Setiap tahun beliau akan berceramah tentang kebodohan orang Islam yang turut serta menyertai majlis maksiat ini. Mengapa dikatakan maksiat? Kalau kita berpandukan kepada Al Quran, semua perkerjaan yang tidak mengikut Islam adalah maksiat. Lihat saja ciri-ciri perhimpunan yang diadakan sudah cukup untuk mentakrifkan Majlis tersebut sebagai majlis maksiat. Kita telah jauh sesat dari panduan Al Quran. Kita tidak lagi mahu berhukum dengan hukum Allah yang terdapat dalam Al Quran. Kita perlu rujuk kembali kepada Ayat 120 Al Baqarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment